CUBAAN SELUDUP PETROL KE NEGARA JIRAN GAGAL

SEMPORNA (22 April): Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup minyak petrol ke negara jiran menerusi Op Taring Gelora di perairan Tanjung Pantau-Pantau, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, pasukan operasi mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pihaknya bertindak mengejar dan memintas bot terbabit untuk tujuan pemeriksaan.

Bagaimanapun, katanya, bot berkenaan memecut laju ke kawasan cetek di Tanjung Pantau-Pantau dan bertindak nekad terjun laut sebelum menghilangkan diri.

“Pasukan operasi berusaha mencari suspek terbabit, namun gagal kerana keadaan kawasan sekitar yang gelap,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, anggota PPM membuat pemeriksaan terhadap bot suspek dan menemukan sebanyak 61 buah jerikin dan dua unit tong yang kesemuanya berisi minyak petrol. Ahmad berkata, semua minyak petrol berkenaan disyaki cuba diseludup ke negara jiran berdasarkan tujuan dan jumlah yang mereka bawa.

“Semua barang rampasan termasuk minyak petrol, bot dan enjin yang dianggarkan bernilai RM33,626 itu kemudian dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Barang rampasan berkenaan akan dirujuk ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan kes mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut