KERJASAMA ERAT ANTARA AGENSI PASTIKAN KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA

Alor Setar: Kerjasama erat antara agensi keselamatan dalam melaksanakan kawalan dan operasi bersepadu dapat memastikan keselamatan di sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand terus terpelihara sekali gus menjamin keselamatan negara.

Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah Zuraini Mohd Yusof berkata ia sangat penting memandangkan negeri ini mempunyai keluasan sempadan yang agak besar dengan negara jiran.

“Keselamatan di sempadan itu menjadi keutamaan kita (MKN). Memang kita sasar untuk capai sifar pencerobohan walaupun susah nak realisasikan, tapi kita beri keutamaan supaya dapat meminimumkan pencerobohan daripada berlaku.

“MKN menyelaras operasi menyeluruh membabitkan agensi keselamatan di negara kita…kolaborasi antara jabatan terutama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri sendiri sangat baik,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Zuraini berkata kerjasama rapat termasuk membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, polis dan pasukan tentera yang bersama-sama melaksanakan kawalan keselamatan ketika ini berjaya meminimumkan kes melibatkan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Zuraini berkata MKN Kedah sememangnya memberi fokus utama berkaitan keselamatan sempadan di negeri ini yang mempunyai pintu masuk sempadan di darat, laut dan udara.

Beliau berkata walaupun jumlah kes pencerobohan melibatkan pendatang tanpa izin di negeri ini masih minimum, namun usaha membanteras aktiviti itu dan jenayah lain yang mengancam keselamatan negara perlu sentiasa dipertingkatkan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan rakyat juga perlu sentiasa diberi kesedaran berkenaan ancaman keselamatan dan boleh memainkan peranan untuk membanterasnya serta tidak meletakkan tanggungjawab itu kepada agensi kerajaan semata-mata.

“Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara dan kami percaya kesedaran ini perlu dipupuk daripada awal iaitu di peringkat sekolah…termasuk di peringkat institusi pengajian tinggi,” katanya.

sumber: berita harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …