INFO KESIHATAN: TIPS JAGA JANTUNG UNTUK KEKAL SIHAT

Penyakit jantung antara pembunuh utama di Malaysia. Mulakan tekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan jantung kita sentiasa sihat.

Jantung merupakan organ penting yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh. Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, obesiti serta hipertensi merupakan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung.

Sehubungan itu, kita disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi membolehkan jantung berfungsi dengan efisien agar kekal sihat sehingga ke akhir hayat

5 Tip Penjagaan Kesihatan Jantung:

  • Senaman : Sekurang-kurangnya 5 kali seminggu, 30 minit setiap sesi membantu mencegah penyakit kardiovaskular dengan melambatkan proses aterosklerosis dan menstabilkan tekanan darah
  • Kurangkan Stress : Bagi mengimbangi tekanan darah dan risiko strok dan kardiovaskular menerusi penjagaan stress yang baik
  • Kekalkan berat badan ideal : ‘Body Mass Index’ yang ideal di dalam julat 18.5-24.9kg/m2.  Dapat mengurangkan risiko penyakit metabolik.
  • Diet Sihat : Amalkan diet seimbang untuk mengurangkan kadar kolesterol dan gula dalam darah.
  • Berhenti Merokok : Mengurangkan kepekatan darah dan penghasilan radikal bebas di dalam darah.

Dengan amalan yang betul dan pemilihan makanan yang baik, kita boleh menjaga kesihatan jantung dengan lebih efektif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.  Jangan abaikan langkah-langkah ini untuk kesihatan yang lebih baik.

 

Sumber       :         laman web Kementerian Kesihatan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …