FOKUS MANTAPKAN KERJASAMA AGENSI KAWAL SEMPADAN

Kerjasama erat antara agensi keselamatan dalam melaksanakan kawalan dan operasi bersepadu dapat memastikan keselamatan di sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand terus terpelihara, sekali gus menjamin keselamatan negara.

Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof berkata, kerjasama itu sangat penting memandangkan negeri ini mempunyai keluasan sempadan yang agak besar dengan negara jiran.

β€œKeselamatan di sempadan itu menjadi keutamaan kita (MKN). Memang kita sasar untuk capai sifar pencerobohan walaupun susah nak realisasikan, tapi kita beri keutamaan supaya dapat meminimumkan pencerobohan daripada berlaku.

β€œMKN menyelaras operasi menyeluruh melibatkan agensi keselamatan di negara kita, kolaborasi antara jabatan terutama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri sendiri sangat baik,” katanya di sini, baru-baru ini.

Puan Zuraini berkata, kerjasama rapat termasuk melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang bersama-sama melaksanakan kawalan keselamatan ketika ini berjaya meminimumkan kes melibatkan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Puan Zuraini ketika menyantuni petugas keselamatan di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SIMULASI KEBAKARAN PERUMAHAN ATAS AIR DAN PENTAULIAHAN BOMBA KOMUNITI TANJUNG BATU SECARA KOLABORASI DI ANTARA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SABAH BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH

TAWAU (16 Mei 2024): Selaras dengan objektif meningkatkan kesedaran dalam menjaga keselamatan komuniti, MKN Sabah bersama JBPM Sabah dengan sokongan …
Maklumat Lanjut

‘RUMAH MADU’ PERTAMA DI TERENGGANU

Menyebut mengenai madu, pasti ramai yang akan melenting jika tersalah tafsir terutamanya golongan para isteri kerana terfikir bahawa madu yang …
Maklumat Lanjut

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Pulau …
Maklumat Lanjut