OPERASI PADAM KEBAKARAN HUTAN TANAH GAMBUT ROMPIN HAMPIR SELESAI

ROMPIN: Operasi memadam kebakaran hutan tanah gambut seluas lebih 180 hektar di daerah ini dengan mengguna helikopter jenis Agusta ditamatkan kelmarin selepas tiga hari terbabit dengan tugas berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata helikopter Agusta tidak lagi digunakan selepas kawasan kebakaran semakin mengecil berikutan hujan lebat.

Beliau berkata kawasan kebakaran hutan tanah gambut di Rompin kini hanya tinggal kira-kira 0.81 hektar sahaja lagi dan aktiviti pemadaman sepenuhnya dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin.

“Hujan lebat di daerah ini dan Kuantan minggu lalu menjadi penyumbang utama kebakaran hutan tanah gambut di dua daerah berkenaan terkawal seterusnya padam sepenuhnya.

“Kebakaran hutan tanah gambut di Gebeng seluas 110.5 hektar dan di Inderapura Jalan Kuantan-Pekan (320 hektar) yang berlaku lebih 10 hari padam sepenuhnya selepas hujan lebat selain operasi pemadaman oleh anggota BBP Taman Tas, BBP Indera Mahkota dan BBP Peramu, Pekan,” katanya dihubungi semalam.

Ismail berkata, operasi memadam kebakaran dan pemantauan di daerah ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh dua hari lagi, sekiranya berlaku hujan lebat operasi akan tamat selewat-lewatnya hari ini.

sumber: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …