TANGKAP IKAN SECARA HARAM: 8 RAKYAT VIETNAM DIDENDA RM1.5 JUTA

KOTA KINABALU: Lapan rakyat Vietnam didenda berjumlah RM1.5 juta kerana menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia. Mereka ialah juragan Duong Van Phong, 34, anak kapal Phan Van Thuan, 42, Nguyen Guang Linh Vu, 51, Chai Hoai Thanh, 26, Nguyen Van Trinh, 36, Ha Trong Luan, 37, Ngo Van Doan, 41, dan Nguyen Vanh Thuan, 35.

Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, selepas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dibacakan jurubahasa Vietnam. Nakhoda didenda RM800,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda itu, manakala semua anak kapal diperintahkan membayar RM100,000 atau enam bulan penjara setiap seorang.

Rakyat Vietnam terbabit didapati menangkap ikan secara haram jam 9.20 pagi pada 2 April tahun ini di atas sebuah kapal nelayan Vietnam di Pulau Kankamat. Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985, boleh dihukum mengikut Seksyen 25(a) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman denda sehingga RM6 juta bagi juragan bot dan RM600,000 bagi setiap anak kapal, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, semua warga Vietnam yang tidak diwakili itu merayu hukuman minimum, dengan mengatakan mereka mempunyai keluarga untuk dijaga dan mereka mahu pulang ke negara mereka secepat mungkin.

Timbalan Pendakwa Raya Risal Abd Fikkah menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap mereka atas alasan perbuatan mereka boleh menjejaskan habitat dan ekosistem laut kita. Mahkamah memerintahkan kapal itu, termasuk peralatan, dilucuthakkan kepada Kerajaan. Warga Vietnam terbabit juga diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi) • Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima dua serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM berkaitan …
Maklumat Lanjut

𝐌𝐄𝐍𝐔 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐇𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀

Menu RAHMAH merupakan hidangan sajian lengkap dengan gizi seimbang (karbohidrat + protein + serat) yang ditawarkan oleh pengusaha restoran dan …
Maklumat Lanjut