PPM RAMPAS ROKOK SELUDUP RM105,600

KOTA KINABALU (15 April): Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat merampas sejumlah 20 kotak rokok tidak bercukai bernilai RM105,600 dalam satu serbuan di kawasan Kampung Bolong Baru, Tuaran, Jumaat lalu.

Rampasan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota PPM Kota Kinabalu menerusi Ops Khas Aidilfitri, jam 8.50 malam. Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, ketika kejadian, pasukan PPM Kota Kinabalu sedang membuat rondaan di kawasan kampung berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi itu menemui satu longgokkan kotak di bahagian luar sebuah kedai.

“Pemeriksaan lanjut menemui pelbagai jenis rokok dipercayai tidak bercukai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan PPM kemudian merampas barang berkenaan dibawah Akta Kastam.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk cukai berjumlah RM105,600.

“Semua rokok itu dibawa ke Pejabat PPM Kota Kinabalu untuk laporan lanjut dan serahkan kepada Jabatan Kastam,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

Artikel/Berita Terkini

STRATEGI MENGURUS RISIKO HYDROPLANING

Musim tengkujuh dan hujan lebat di Malaysia secara tidak langsung meningkatkan kebarangkalian insiden kemalangan, dengan hydroplaning (atau aquaplaning) menjadi salah …

BUNGA RAYA: SIMBOL IDENTITI DAN KESATUAN NASIONAL MALAYSIA

Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis) bukan sekadar flora yang menghiasi landskap negara, malah ia merupakan entiti penting yang melambangkan kedaulatan dan …

KOMITMEN PENGARAH JPN MELAKA : AKU JANJI KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGAN MURID

Melaka – Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, menandatangani Aku Janji ini sebagai komitmen dan amanah untuk memastikan setiap murid dilindungi, dihormati …