MESYUARAT JAWATANKUASA RAYUAN NEGERI TERENGGANU MENGENAI PENUBUHAN SEBUAH UNIVERSITI DI PERSEKUTUAN

Pada hari ini (tanggal 7 April) tahun 1949, Jawatankuasa Rayuan Negeri Terengganu (State Appel Committee) telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama. Terengganu merupakan negeri pertama dalam Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Rayuan di peringkat negeri mengenai penubuhan sebuah universiti di Persekutuan.

Mesyuarat ini telah diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu dan dipengerusikan oleh YM Tengku Mohammad ibni Sultan Ahmad, Menteri Besar Terengganu. Penubuhan Jawatankuasa Rayuan ini telah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu pada 4 April yang lalu. Dalam perbincangan itu juga sebuah jawatankuasa pusat telah dibentuk dengan 18 orang ahli telah dilantik menganggotainya.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YM Tengku Mohammad, Encik P.C. Isaacs sebagai Setiausaha Kehormat dan Encik Wee Beng Kwee sebagai Bendahari Kehormat. Encik Maidin bin Mohd Ibrahim dalam mesyuarat pertama tersebut telah menyatakan bahawa sokongan perlu diberikan kepada Jawatankuasa Rayuan ini demi faedah masa depan orang-orang Melayu keseluruhannya.

Mesyuarat jawatankuasa ini juga telah bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa negeri untuk Tabung Universiti. Tabung rayuan ini akan dilancarkan ketika Dr. G.V. Allen, Naib Canselor Universiti Malaya melawat Terengganu. Di samping itu, mesyuarat juga telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kecil di peringkat daerah.

Daerah-daerah yang persetujui untuk tujuan tersebut ialah daerah Kemaman dan Besut manakala Daerah Kuala Terengganu, Marang dan Ulu Terengganu akan diletakkan di bawah Jawatankuasa Besar peringkat negeri. Mesyuarat pertama Jawatankuasa Rayuan Negeri Terengganu ini menunjukkan tindakan segera negeri Terengganu sebagai negeri pertama dalam Persekutuan mengenai rayuan penubuhan sebuah universiti di negara ini.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …