OP SELAMAT 22 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI PADA 8 HINGGA 13 APRIL 2024

5 APRIL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri pada 8 hingga 13 April 2024 dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Razarudin berkata pihaknya mengharapkan kerjasama penuh daripada masyarakat bagi memastikan , sasaran operasi berkenaan dapat dicapai selain memastikan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan rasa selamat dan sejahtera.

“Kepada yang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman ataupun bercuti semasa tempoh perayaan ini saya menasihatkan rancanglah perjalanan anda serta tanamkan sifat penyabar dan berhemah ketika memandu di jalan raya.

“Semoga kita semua dapat meraikan lebaran ini dengan penuh bermakna bersama insan tersayang, sayangi diri dan keluarga anda dan jauhi kemalangan,” katanya semasa melancarkan Op Selamat 22 Hari Raya Aidilfitri secara maya yang disiarkan di laman sosial PDRM hari ini.

Sementara itu Razarudin yang mewakili seluruh warga PDRM turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia MADANI tercinta.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …