AKTIVITI PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI DIPERLUAS KE SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN KPM

KUALA LUMPUR: Bermula sesi persekolahan 2024/2025, aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi diperluaskan ke semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM), termasuk sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Vokasional (KV) dan Kolej Matrikulasi.

Inisiatif yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM yang beragama Islam.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan aktiviti itu setakat ini telah dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 185 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Menengah dan 43 SABK Rendah.

“Ia melibatkan seramai 12,673 guru dan 120,489 murid menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang,” menurut kementerian berkenaan.

Inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM Bagi Tempoh 2024-2030.

“Inisiatif ini adalah cerminan komitmen besar KPM untuk memartabatkan syiar Islam dan pada masa sama melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia,” menurut kenyataan itu.

Pada Oktober lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, modul bagi aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dibangunkan KPM, diselaraskan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan syarah atau kupasan hadisnya sesuai dengan tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia.

Katanya lagi, modul aktiviti yang hanya membabitkan murid beragama Islam itu dan dilaksanakan di SMKA dan SABK ketika ini mengandungi semua 42 hadis dalam buku Hadis 40 Imam Nawawi.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut