DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2024 telah diadakan pada 02 April 2024 dan diurusetiakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow.
Mesyuarat ini merupakan platform bagi semua agensi keselamatan dalam Negeri Pulau Pinang untuk membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan keselamatan, kawalan sempadan perairan dan kedaulatan negara serta tindakan yang boleh diambil bagi menangani isu-isu berkenaan.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/mknpenang.msia



