KERAJAAN HARGAI, IKTIRAF JASA BAKTI PASUKAN KESELAMATAN

KOTA KINABALU (4 April): Kerajaan Negeri memberikan pengiktirafan kepada pasukan serta agensi keselamatan yang sentiasa memberikan keterjaminan aspek keselamatan sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat serta negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, jasa bakti pasukan keselamatan yang berkorban masa, jiwa dan raga dalam memastikan persempadanan negara terkawal dan selamat, disamping situasi dalam negara aman dan tenteram. Katanya, ini membolehkan rakyat hidup dalam keadaan lebih selamat, selesa serta rukun dan damai.

“Keamaan yang dinikmati, bukan sahaja rakyat malah kerajaan dapat beroperasi dengan lancar dalam usaha membangunkan negeri Sabah, terutama untuk menjayakan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Keamanan yang kita nikmati pada masa ini membolehkan negara kita terus maju dan dapat meyakinkan pelabur serta pelancong asing untuk membuat pelaburan dan melancong ke negara kita, khususnya ke Sabah”, katanya di sini hari ini.

Hajiji berkata, petugas barisan hadapan negara sentiasa menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi yang tinggi.

“Dalam kita berhadapan dengan situasi cemas dan bahaya, seperti semasa pandemik dahulu, atau semasa berlaku banjir dan kebakaran.

“Ada insan yang berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga, semata-mata untuk memastikan keselamatan anggota masyarakat yang lainnya,” jelas Hajiji.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …