JELI, GUA MUSANG, TEMERLOH DILANDA GELOMBANG HABA

KUALA LUMPUR: Kawasan Jeli dan Gua Musang di Kelantan serta Temerloh, di Pahang masing-masing merekodkan cuaca panas tahap dua atau gelombang haba setakat jam 4.30 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kemas kini status cuaca panas di laman Facebook turut memaklumkan terdapat 20 kawasan di Semenanjung dan masing-masing dua kawasan di Sabah dan Sarawak yang merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.

Kawasan berkenaan ialah seluruh Perlis, Padang Terap dan Baling di Kedah, Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Tampin dan Jelebu (Negeri Sembilan), Jerantut, Bera, Raub, Lipis, Maran, Pekan dan Bentong (Pahang), Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai (Kelantan) serta Besut dan Dungun (Terengganu).

Sementara di Sarawak membabitkan Mukah dan Limbang, di Sabah membabitkan Tuaran dan Tenom.

Gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga pula merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan keadaan cuaca panas dan kering dijangka beransur pulih menjelang pertengahan bulan ini apabila negara memasuki permulaan fasa peralihan monsun bermula 29 Mac dan berterusan hingga Mei.

Dalam tempoh ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir dan lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat yang berpotensi menyebabkan banjir kilat.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …