SOP Pemakaian Pelitup Muka

IPOH – Baru-baru ini, sebuah akhbar cina telah bertemu dengan Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak Tuan Khairul Ridzuan Bin Mat Said bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai SOP pemakaian pelitup muka yang berkuatkuasa pada 1 ogos lalu.

Dalam pertemuan itu, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak perlu terlalu bimbang akan SOP tersebut disebabkan pemakaian pelitup muka itu adalah bertujuan untuk melindungi kesihatan kita semua.

Ditanya sama ada perlu memakai pelitup muka ketika berada di restoran, beliau menjawab bahawa mana-mana individu yang mengunjungi ke tempat awam termasuk di restoran perlu memakai pelitup muka.  Alasan tidak sihat atau mempunyai penyakit sama sekali tidak boleh digunakan untuk mengelak dari memakai pelitup muka. Ini kerana, orang yang tidak sihat seharusnya tinggal di rumah dan berehat untuk mengelakkan penyakit berjangkit.

Bercakap kepada akhbar tersebut, Tuan Khairul Ridzuan turut mengingatkan kepada pesakit yang terpaksa membeli makanan di luar agar tidak makan di dalam kedai tersebut sebaliknya berusaha untuk membeli makanan secara bungkus dan pulang secepat mungkin.  Hal yang sama perlu dilakukan sekiranya mereka mengunjungi pusat membeli-belah.

Pada akhir temubual itu, sekali lagi beliau mengingatkan kepada orang ramai agar menggunakan pelitup muka ketika berada di luar rumah terutama di tempat awam dan terus menjaga SOP seperti yang ditetapkan.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut