UNITEN PERLU TERUS MENAPAK DI MUADZAM – SULTAN PAHANG

ROMPIN, 2 APRIL 2024 : Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah di Muadzam Shah perlu terus kekal menapak di daerah itu dengan menaiktaraf program yang ditawarkan.

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah, ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelajar menerusi program yang terkini termasuklag artificial intelligence (AI).

“Saya harap dan berdoa lah supaya universiti ni biar terus (diteruskan), you have to create more something that can attract more students here and have a specialized courses, and maybe AI (Artificial Intelligence) can be also another attraction,” titah baginda ketika berkenan berangkat bercemar duli ke UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah di sini hari ini.

Turut mengiringi baginda Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama isteri, Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Zulkifli Yaacob, Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kesihatan Dan Kerajaan Tempatan Negeri PahangYB. Tuan Ir Razali Kassim, Pegawai Daerah Rompin, YH. Dato’ Ahmad Nasim Dato’ Haji Mohd Sidek dan Ketua-ketua Jabatan.

Dalam titah, baginda turut meminta agar Kerajaan Negeri dapat membuat tinjauan agar kawasan perindustrian dapat diwujudkan di Muadzam Shah bagi menyokong perkembangan ekonomi setempat.

Baginda turut berharap agar sejarah pembubaran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) di Rompin tidak berulang.

“Jadi saya harap kita tidak mahu usaha ini seperti usaha DARA dulu iaitu pisang berubah dua kali. Harap janganlah ada kegagalan sekali lagi buat Uniten ataupun mana-mana entiti,” titah baginda.

UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah kini menempatkan seramai 728 pelajar dengan 103 pensyarah dan kakitangan dengan menawarkan 14 program pengajian.

Baginda selepas itu turut berkenan bercemar duli ke Bazaar Ramadan Muadzam Shah sebelum berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Muadzam Shah, Rompin.

 

Sumber: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …