SULTAN PAHANG SERU RAKYAT TIDAK MUDAH TERPENGARUH NARATIF PERKAUMAN

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menyeru rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan naratif perkauman yang dapat mengugat keharmonian negara.

Dalam satu kenyataan media oleh Istana Pahang, Paduka Baginda menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan kejadian serangan bom petrol di KK Mart pagi semalam dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan berkenaan.

“Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan kejadian serangan bom petrol membabitkan cawangan KK Mart di Sungai Isap, Kuantan awal pagi hari ini.

“Paduka Baginda telah menerima sembah maklum oleh pihak polis negeri Pahang mengenai kejadian tersebut dan menitahkan supaya pihak polis memberi perhatian serius serta tindakan tegas dan segera dalam perkara itu.

“Paduka Baginda mengecam sekeras-kerasnya dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang serta kepercayaan agama yang sentiasa menitikberatkan keamanan dan kemakmuran. Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat, khususnya rakyat Pahang, supaya tidak mudah terpengaruh dengan naratif perkauman yang boleh mengganggu gugat keharmonian yang dinikmati selama ini,” titah baginda.

Sultan Pahang turut bertitah supaya semua pihak perlu menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak bertindak melampaui batas.

Baginda dalam titah turut mengingatkan rakyat supaya menghormati proses undang-undang yang telah diambil oleh Kerajaan berhubung dengan kes penjualan sarung kaki tertera kalimah Allah.

“Sehubungan itu bersempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, Paduka Baginda menyeru semua rakyat supaya berdoa agar Negeri Pahang dan Negera Malaysia sentiasa diberkati dan dirahmati,” titah baginda.

Sumber: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …