DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Ops Khas pelbagai kesalahan teknikal kenderaan perdagangan di sekitar Daerah Sebarang Perai, Pulau Pinang dan Lebuhraya PLUS.
Tujuan ops ini adalah bagi memastikan semua kenderaan perdagangan mematuhi Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987 serta Kaedah-Kaedah Pembinaan dan Penggunaan dan Akta Pengangkutan Awam DaratΒ Β Β Β Β Β ( APAD ) 2010 serta memastikan kenderaan perdagangan ini selamat di jalanraya.
Diantara kesalahan dikesan sepanjang ops ini diadakan ialah mengguna tayar celup tanpa patuhi standard piawaian dibenarkan serta tayar haus berlebihan , penggunaan cermin gelap tanpa mematuhi spesifikasi dibenarkan , gagal selenggara twist lock, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light, ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran dan lain-lain kesalahan teknikal.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PnangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang