LELAKI WARGA ASING DITAHAN BERSAMA 500 GRAM SYABU DI CIQ TAWAU

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas dikesan cuba menyeludup 500.53 gram dadah jenis syabu yang disorok di dalam bekas termos air panas di Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) lama pada 29 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian kira-kira jam 3.30 petang seorang suspek penganggur berusia 29 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Indonesia.

Katanya, tangkapan dan rampasan dilakukan anggota Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau selepas menerima maklumat dan risikan yang dijalankan di kawasan berkenaan.

“Pihak Polis dari Cawangan Khas bersama sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau menerima maklumat dan menjalankan pemeriksaan ke atas barang seorang penumpang yang ingin menuju ke Sungai Aji Kuning melalui Jeti CIQ lama.

“Semasa pemeriksaan dibuat, pihak Polis telah menemui satu bekas termos air panas berwarna merah jambu mengandungi paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dalam sebuah bakul raga yang dipegang suspek semasa ditahan,” katanya.

Jasmin berkata, hasil soal siasat awal mendapati, dadah yang dibekalkan dari luar Daerah Tawau untuk di bawa ke negara jiran dan sekiranya sampai akan di janjikan sejumlah wang tunai matawang asing.

“Suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan rangkaian kegiatan pengedaran atau sindiket lain yang terlibat,” jelas Jasmin.

Menurutnya, ibadah puasa di bulan Ramadhan merupakan tanggungjawab bagi setiap umat Islam yang menunaikannya namun tidak akan sesekali menjadi penghalang bagi Polis Daerah Tawau dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat di Daerah Tawau ini sentiasa terjamin.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …