LAPAN INDIVIDU BERDEPAN DAKWAAN TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADAN

LAPAN INDIVIDU BERDEPAN DAKWAAN TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADAN
LABUAN, 31 MAC – Lapan individu berdepan dakwaan di Mahkamah Syariah kerana didapati melakukan kesalahan tidak menghormati Ramadan dengan merokok di tempat awam dikesan Jabatan Agama Islam (JAWI) Wilayah Persekutuan Labuan setakat ini.
Menurut Ketua Operasi Penguatkuasaan Dan Pencegahan JAWI Labuan, Penolong Pengarah Kanan Ustaz Sazali Ridthouddin Shahbudin, ia hasil pemantauan di laksana pihaknya sepanjang bulan Ramadan di beberapa buah premis menjual makanan, pusat membeli belah dan taman rekreasi.
Jumlah itu menurun berbanding 10 individu tahun lalu, menunjukkan kesedaran umat Islam dalam menghormati bulan Ramadan.
Jelasnya, individu yang didapati tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai serta peniaga yang bersubahat boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, JAWI ingin mengingatkan Peniaga Islam yang bersubahat menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa boleh dikenakan tindakan sama di bawah Seksyen 15 (Akta 559) kerana tidak menghormati Ramadan dan Seksyen 43 (Akta 559) kerana bersubahat.
Kes berkenaan akan dibawa ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah.
JAWI turut mengedar poster di premis makanan dan restoran untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar menghormati bulan Ramadan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kegiatan salah laku di bawah Seksyen 15 “Tidak Menghormati Ramadan” ini juga boleh menyalurkan aduan melalui hotline Penguatkuasa JAWI Labuan di talian 087-415311.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …