TIGA REMAJA HILANG DI HUTAN MARANG BERJAYA DITEMUI

Tiga remaja sekolah berusia 15 hingga 16 tahun yang dilaporkan hilang ketika ingin menjerat ayam hutan di Hutan Simpan Merchang sejak petang semalam telah selamat dijumpai sekitar jam 8 pagi tadi. Kesemua mangsa telah ditemui 4 Km daripada Pos Kawalan Bomba pada jam 8.11 pagi oleh pasukan SAR penduduk kampung. Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Gong Balai bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dan seterusnya diserahkan pada ahli keluarga

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Zuraidi Yusuf berkata, kesemua remaja berusia antara 15 hingga 16 tahun itu dilaporkan hilang pada Sabtu. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.19 petang.

Pihak bomba menjalankan operasi mengesan mangsa hilang. Foto Bomba Terengganu

 

Mereka yang dikenali sebagai Adam berusia 15 tahun dan Haris serta Amirul yang masing-masing 16 tahun dipercayai telah memasuki hutan berkenaan pada jam 11 pagi sebelum menyedari tersesat beberapa jam kemudian.

“Berdasarkan maklumat awal, ketiga-tiga mangsa dipercayai memasuki kawasan hutan sedalam kira-kira 29 kilometer untuk memikat ayam hutan.

Kesemua mangsa yang tinggal di Kampung Rhu Muda dan Seberang Marang dibawa ke Klinik Kesihatan Merchang untuk pemeriksaan dikhabarkan hanya mengalami kecederaan ringan. Terima kasih kepada pihak yang membantu sepanjang misi mencari dan menyelamat seperti BOMBA, Polis, unit-unit khas termasuk orang awam yang terlibat.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …