APAKAH ITU KOMUNITI MADANI ?

Perpaduan bukan hanya cakap kosong.

Sebaliknya tindakan ke arah menyatupadukan rakyat Malaysia sesuai dengan konsep Malaysia MADANI perlu dilakukan. Justeru, Komuniti MADANI diwujudkan yang merupakan badan sukarela pelbagai kaum yang ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bertujuan memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat.

Sebanyak 1,878 Komuniti MADANI bakal ditubuhkan secara berfasa di seluruh negara yang berfungsi sebagai badan sukarela pelbagai kaum untuk memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat melalui tiga teras utama iaitu membantu pemasaran maklumat kerajaan, mendigitalkan komuniti serta memupuk semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan.

Usaha menyebar luas konsep dan hala tuju Malaysia Madani adalah tanggungjawab bersama dan Komuniti Madani bersedia bergerak sebagai satu pasukan yang mendukung semangat perpaduan demi kesejahteraan negara. Konsep Malaysia Madani yang diaspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutamakan keseimbangan komuniti dalam pembangunan negara supaya kemajuan serta kemakmuran dirasai rakyat. Malaysia Madani adalah panduan dan ikhtiar secara bersepadu sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi bertunjangkan sikap saling menghormati dan meraikan kepelbagaian.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …