BEKAS PENGHULU DERMA DARAH 110 KALI

Bagi sesetengah orang, menderma darah sesuatu yang menakutkan, namun tidak bagi Jamsari Mohamad, 54, yang sudah 110 kali menderma darah. Bapa kepada lima anak itu telah menjadikan amalan berkenaan sebagai kewajipan dalam dirinya sejak berusia 19 tahun.Menurutnya, dia menderma darah untuk kesihatan dan tidak pernah tertinggal untuk berbuat demikian sekurang-kurangnya empat kali setahun.

Menurutnya jika ada peluang untuk derma lebih dari itu, beliau akan menderma sahaja kerana sudah menganggap ia jadi satu kewajipan baginya. Baginya Ia adalah satu bentuk sumbangan beliau kepada masyarakat dan tujuan utama dia menderma darah untuk menampung keperluan tabung darah negara bagi membantu pesakit yang memerlukan.  Dia juga bersyukur dalam usianya sekarang tidak pernah berdepan masalah kesihatan yang serius. Justeru itu, bekas penghulu berkenaan menggalakkan masyarakat menderma darah kerana ia baik untuk kesihatan.

Beliau juga menasihatkan agar tidak mudah mendengar cakap kononnya derma darah ini boleh membuatkan seseorang itu cepat gemuk kerana yang penting setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Beliau tetap akan meneruskan rutin ini kerana ia dapat membantu ramai orang dan berharap lebih ramai tampil untuk menjadikan aktiviti menderma darah ini sebagai sumbangan kepada masyarakat.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …