PEKERJA PERHILITAN TERENGGANU CEDERA KETIKA PEMANTAUAN AKIBAT DISERANG GAJAH LIAR

Seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu cedera akibat dirempuh seekor gajah liar di Hutan Felda Cerul, Cheneh, Kemaman. Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 50-an bersama lapan lagi anggota Perhilitan sedang membuat pemantauan hidupan liar di kawasan hutan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohd Hafiezul Mohamad berkata, seramai 14 anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.06 petang semalam. Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan. Mangsa terpaksa dibawa keluar dari hutan itu menggunakan alat pengusung sejauh kira-kira dua kilometer. Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

 

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut