KETAWA PENAWAR KEMARAHAN DAN KEMURUNGAN

Peranan ibu bapa bukannya mudah dalam menguruskan keperluan keluarga. Mungkin pelbagai tekanan dihadapi hingga ada kalanya bila di rumah kita terbawa-bawa akan tekanan tersebut hingga menjadi cepat marah. Ibu ayah ingat anak adalah permata hati dan amanah kurniaan Allah. Dalam kepenatan cuba kita melihat sisi senyuman dan ketawa riang di anak dengan ikhlas. Pasti satu perasaan yang tidak ternilai akan kita rasai dan kita juga akan rasa tenang.
Cuba kita renung-renungkan adakah anak kita sangat suka bila kita balik bekerja dengan sahutan “yeahh ibu/ayah dah balik atau asyik nak berkepit je dan nak bercerita apa yang berlaku pada diri mereka”. Itu lah sinar dan pengubat kepada ibu ayah. Jika kita ikhlas melihatnya maka ia akan menghilangkan rasa penat bekerja seharian. Ini bermaksud anda adalah insan yang hebat dimata mereka.Teruskan menjadi contoh yang baik kepada mereka.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Artikel/Berita Terkini

TINDAKAN PEMBANTERASAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR SEKOLAH DI TERENGGANU

Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah di Terengganu masih menjadi kebimbangan utama pihak berkuasa. Lokasi negeri yang …

MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MARITIM: KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perairan negara merupakan nadi geopolitik, ekonomi dan keselamatan Malaysia. Hal ini …

ULEK MAYANG DAN RODAT: MEMELIHARA KEASLIAN WARISAN BUDAYA TERENGGANU

Tarian Ulek Mayang dan Rodat merupakan antara khazanah seni budaya yang begitu sinonim dengan identiti masyarakat Terengganu. Kedua-duanya bukan sekadar …