๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

YDH ACP Razlam bin Ab Hamid, Ketua Polis Daerah Timur Laut hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Khutbah Jumaat yang telah diadakan di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Sungai Nibong sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Tahun 2024.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh SM Ghazali bin Mohd Shuib dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Timur Laut dan diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Prof. Datoโ€™ Ir. Dr. Mahyuddin Ramli. Bagi Taklimat Pencegahan Jenayah Siber, telah disampaikan oleh Insp. Uthman Affan bin Abdul Kadir dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Khutbah khas bertajuk “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada: Ramadan Dihayati Keamanan Disyukuri” telah disampaikan oleh Insp. Ismail bin Mohamed dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Tahun 2024.
Sumber : IPD Timur Laut Pulau Pinang :ย https://www.facebook.com/ipdtimurlaut

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

ย Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna โ€” simbol cinta & bangga pada tanah air tercintaย  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut