150,000 PENGUNJUNG DI PROGRAM PELITA RAYA TERENGGANU (PELITER)

Program Pelita Raya Terengganu (PeliTer@TTI) yang berlangsung selama lima hari di Taman Tamadun Islam, di sini merekodkan jumlah pengunjung seramai 150,000 orang. Kehadiran tersebut meningkat sebanyak 122,000 orang berbanding pada tahun lepas yang hanya mencatat seramai 28,000 pengunjung.

PeliTer pada tahun lepas yang diadakan di Kampung Budaya Terengganu telah bertukar tempat ke Taman Tamadun Islam (TTI) pada tahun ini untuk memudahkan orang ramai hadir, jadi tidak hairanlah jumlah pengunjung yang hadir begitu tinggi. Program tersebut juga telah melebihi sasaran yang kita letakkan seramai 50,000 orang dan ianya adalah satu pencapaian luar biasa bagi pihak penganjur.

Program ini adalah bertujuan bagi mengekalkan tradisi lama yang membawa masyarakat ke zaman lampau. Di samping itu ia adalah untuk memberitahu kepada generasi baru bahawa inilah keadaan nenek moyang dahulu ketika menyambut hari raya dengan situasi tiada elektrik yang hanya bertemankan lampu lilin dan pelita sahaja. Program ini untuk membawa generasi sekarang merasai zaman dahulu serta memberi pengetahuan seperti pelita paling lama iaitu pelita kelapa turut ada dipamerkan.

Program yang bermula 19 Mac hingga 23 Mac 2024 yang bertemakan Tradisi Diwarisi, Comeynya Peliter itu mengetengahkan konsep Pelita Raya Pesisir Air.  Ia juga mengambil kira penjenamaan Kuala Terengganu Bandaraya Pesisir Air, yang merupakan salah satu kluster pelancongan negeri.  Peliter@TTI mendapat 10 penyertaan yang melibatkan semua pejabat daerah, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Japen Terengganu, UPDI

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …