‘TIDAK RAMAI TAHU LEMANG TEPUNG’

Sekali pandang, ia sama seperti lemang diperbuat daripada beras pulut yang menjadi juadah tradisional popular setiap kali sambutan hari raya. Namun ia sebenarnya adalah lemang tepung yang menjadi antara juadah tradisional Negeri Sembilan. Ada juga yang menjadikannya sebagai pemanis mulut sepanjang Ramadan terutamanya ketika berbuka puasa.

Menurut Nafsiah Dagang, 72, proses pembuatannya tidak jauh berbeza dengan lemang beras pulut biasa dan mengambil masa antara satu hingga dua jam untuk dimasak. Bahan-bahan digunakan tak banyak iaitu tepung gandum, santan dan gula merah. Kalau nak lagi sedap boleh gunakan gula anau. Ia boleh diketahui sudah masak apabila isinya sedikit terkeluar dari bahagian atas buluh.

Bagaimanapun katanya, pembuatan lemang tepung agak renyah kerana perlu memastikan adunan bahan-bahannya tidak berketul sebelum dimasukkan ke dalam buluh. Tambahnya, ia juga tidak boleh diisi terlalu penuh kerana isinya mudah melimpah semasa dibakar dan juga tidak boleh terlalu lembik. Kalau terlalu lembik, susah nak potong dan bagi saya rasanya lagi sedap apabila sudah sejuk. Kalau tak habis makan boleh disimpan dalam peti ais dan apabila mahu makan semula boleh dipanaskan dengan mengukusnya.

Lemang tepung agak sukar diperoleh pada hari ini kerana ramai yang tidak tahu mengenainya. Sungguhpun begitu lemang tepung ini ada peminat yang tersendiri. Rasanya berlemak dan manis disebabkan gula merah dan rupanya seakan-akan kuih kaswi.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

Betulkan Yang Salah, Hentikan Normalisasi: Tiada Individu Mengatasi Prosedur

Istilah, “𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹, 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮” adalah prinsip teras yang menentukan integriti dan kualiti budaya kerja. Amalan membiarkan kesalahan …

Mengutamakan Kesihatan Warga Kerja: Hak Saksama untuk Setiap Kakitangan

Inisiatif pemeriksaan kesihatan percuma melalui 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗦𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 (𝗛𝗦𝗣) 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗢 merupakan langkah proaktif yang amat bermakna dalam menjaga kebajikan …

Hentikan Budaya “Membangau”: Bina Tanggungjawab dalam Organisasi

Sikap “membangau”—yang diinspirasikan daripada lagu rakyat popular 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗮𝘂 𝗢𝗵 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗮𝘂—menggambarkan tabiat kerap meletakkan kesalahan kepada pihak lain tanpa henti. Budaya …