SISIPAN SEJARAH PADA 20 MAC 1969: PERJANJIAN PENARIKAN KELUAR TENTERA BRITISH DARI MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 1968, satu perjanjian penarikan keluar tentera British dari Malaysia telah ditandatangani di antara Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Jabatan Perang, Encik S.J.H. Zaidi bagi pihak kerajaan Malaysia dengan Setiausaha Pasukan Tentera, Encik C.E. Starling bagi pihak British. Upacara ini disaksikan bersama oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Sir Michael Walker dan Menteri Buruh, Encik V. Manickavasagam. Berikutan dengan penarikan tentera British dari Malaysia ini telah mengakibatkan 20,000 orang kehilangan pekerjaan. Seramai 8,000 orang dari jumlah itu terdiri daripada orang awam. Menurut perjanjian ini bekas anggota tentera akan dibayar faedah pemberhentian mereka. Ramai di antara mereka yang telah diberhentikan kerja itu terutama sekali yang masih muda diserap masuk ke rancangan-rancangan kemajuan tanah bagi memulakan hidup baru. Walaupun Malaysia tidak puas hati dengan syarat-syarat perjanjian itu tetapi terpaksa menerimanya memandangkan kepada keadaan politik dan ekonomi yang tidak memuaskan, terutama akibat daripada kejatuhan harga getah. Dengan termeterinya perjanjian ini maka tamatlah hubungan ketenteraan dengan British. Bagaimanapun hubungan baik antara kedua negara terus kekal hingga ke hari ini. Perjanjian penarikan keluar tentera British dalam tahun 1968 ini membuktikan kemampuan Malaysia berdikari di bidang pertahanan tanpa sebarang bantuan asing.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

AHLI PERNIAGAAN 30-AN RUGI HAMPIR RM1 JUTA

Seorang ahli perniagaan dalam bidang perkakasan mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas dipercayai ditipu sindiket tawaran perniagaan dalam talian yang …
Maklumat Lanjut

6 PELATIH PUSPEN JELEBU LARIKAN DIRI, SEORANG DITANGKAP SEMULA PAGI TADI

Polis mengesahkan seorang daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu yang melarikan diri dari pusat berkenaan semalam, berjaya …
Maklumat Lanjut

LAGI KES KEMALANGAN DISEBABKAN LANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH DI SENAWANG

Selepas sebulan, berlaku lagi kemalangan disebabkan melanggar lampu isyarat merah di Matahari Height di Senawang di sini Isnin lalu. Video …
Maklumat Lanjut