PENJARA 6 TAHUN KERANA EDAR DADAH

KOTA KINABALU (19 Mac): Seorang lelaki berusia 68 tahun pada Isnin dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini kerana mengedar dadah, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Supang Lian, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Wong Kian Kheong, sebulat suara, menjatuhkan hukuman itu ke atas Galam Akang. Galam diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.

Peguam dilantik Datuk Ram Singh, yang mewakili Galam, memaklumkan mahkamah bahawa representasi mereka mengenai hukuman kepada Jabatan Peguam Besar telah diterima.

Galam pada 18 Dis 2020, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau, yang mendapati dia bersalah mengedar 189.8gram syabu pukul 11.30 malam pada 9 Jan, 2018, di simpang jalan sebuah sekolah, KM4 Jalan Lahad Datu.

Kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta sama. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari tampil untuk pendakwaan sebagai responden.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …