JUADAH BERBUKA PERCUMA SETIAP HARI UNTUK PELAJAR UNISZA

Lebih 1,000 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijamu dengan juadah berbuka puasa yang disediakan oleh pelajar dan warga kerja UniSZA setiap hari sepanjang bulan Ramadan berlangsung. Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam berkata, penyediaan juadah berbuka puasa itu dibiayai dana hasil sumbangan dan kutipan dalam kalangan kakitangan UniSZA dan pelbagai lapisan masyarakat dengan membabitkan kos sebanyak RM216,000.

Katanya, program tersebut dilihat berjaya dan seiring dengan objektif untuk mengimarahkan Ramadan yang istimewa buat semua warga pelajar dan kakitangan UniSZA. “Setiap hari, pelajar akan menyediakan sebanyak 1200 pek juadah Iftar untuk diagihkan  kepada pelajar di kampus Gong Badak.

Juadah iftar ini turut agihkan secara berbungkus kepada pelajar di Kampus Besut, Kampus Perubatan, Petugas Keselamatan, Pelajar Tadarus, Petugas Hospital Pengajar UniSZA, Komuniti Luar di sekitar kampus

Menurutnya, program itu membabitkan lebih 50 sukarelawan pelajar setiap hari yang akan bergotong royong memasak seawal jam 11 pagi sehingga jam lapan malam. “Pada masa sama dapat meneguhkan sikap bekerjasama dan kerja berpasukan yang lebih mantap antara satu sama lain dalam menjayakan program ini secara konsisten,” katanya.

Dr. Fadzli Adam berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyediakan juadah makanan secara percuma bukan sahaja kepada pelajar dan staf UniSZA, malah juga kepada komuniti di sekitar kampus.

 

sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …