Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2020

Menteri Besar Perak bersama-sama 250 penjawat awam dari pelbagai agensi mengibarkan Jalur Gemilang - sumber foto:Facebook

IPOH, 28 Julai 2020 – Bertempat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri  telah  diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2020.  Majlis yang diadakan secara serentak seluruh negara ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama-sama 250 penjawat awam dari pelbagai agensi seluruh Negeri Perak.

Program pelancaran ini turut diserikan dengan beberapa persembahan  yang memaparkan kisah perjuangan wira-wira negara atau ‘frontliners‘ dalam memerangi ancaman wabak Covid-19 sehingga sanggup mengorbankan nyawa untuk memastikan rantaian wabak Covid-19 ini dapat diputuskan.

Selari dengan situasi yang melanda negara pada masa kini, ‘Malaysia Prihatin’ diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan pada tahun ini dengan membawa maksud yang cukup mendalam  kepada rakyat Malaysia seiring  keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19. Gabungan perkataan ‘Malaysia’ dan ‘Prihatin’ menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta keprihatinan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.

 

Sumber foto – FB Faizal Azumu
Sumber foto – FB Faizal Azumu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …