Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof menerima kunjungan hormat daripada Ketua Cawangan KWSP Negeri Kedah, Encik Md Sabri Hamid di Bilik Mesyuarat MKN Kedah, sebentar tadi.
Dalam pertemuan ringkas ini, isu keselamatan sosial merupakan agenda utama yang dibincangkan melibatkan pencarum KWSP secara keseluruhan. Dengan kebenaran pengeluaran khas yang diberikan semasa tempoh pandemik yang lalu, ia dijangka memberi kesan kepada pencarum dengan rata-ratanya mempunyai simpanan kurang menjelang hari tua mereka.
Pihak KWSP turut menggalakkan agar masyarakat mula mencarum seawal usia muda dengan produk terbaharu mereka i-Saraan. Produk ini adalah satu kemudahan caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP. Ia memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri, golongan yang tiada pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig menerima insentif khas daripada Kerajaan bagi tujuan persaraan.
Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid dan Penolong Pengarah Keselamatan Daerah, Puan Nurul Wati Md Noor.
