PENGANJUR BAZAR RAMADAN AKAN DISENARAI HITAM JIKA BERI WARGA ASING BERNIAGA

Penganjur bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di negeri ini boleh disenarai hitamkan sekiranya didapati membiarkan warga asing menjalankan perniagaan di tapak bazar mereka. Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, setiap penganjur perlu mengambil tanggungjawab itu dengan melakukan pemantauan.

Sekiranya ada warga asing berniaga di celah-celah bazar, penganjur terlebih dahulu perlu ambil tindakan tegas terhadap mereka kerana sudah ada syarat jelas dalam lesen yang warga asing tidak dibenarkan. Jika didapati penganjur gagal berbuat demikian, pihaknya akan senarai hitamkan mereka untuk dipilih sebagai penganjur bazar pada masa akan dating.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah dan tidak akan mengeluarkan sebarang lesen perniagaan kecil kepada warga asing. Amaran turut diberi kepada peniaga supaya tidak menyewakan lesen mereka atau memberi kebenaran berniaga kepada warga asing.

Bazar ini memeberi ruang kepada pekerja kecil kita untuk mencari sumber pendapatan tambahan sepanjang bulan Ramadan, bukannya untuk warga asing. Larangan sama turut diberi kepada tapak pasar malam dan pasar tani. Pada minggu lalu, Majlis Bandaraya Seremban telah menyita barangan yang diniagakan warga asing. Bagaimanapun, buat masa ini belum ada aduan diterima berhubung warga asing berniaga di bazar Ramadan di negeri ini, namun pemantauan akan dilakukan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut