ESSCOM rampas RM4.13 juta rokok seludup, tembakau

LAHAD DATU (16 Mac): Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) merampas pelbagai jenis rokok seludup termasuk tembakau bernilai RM4.13 juta dalam serbuan di sebuah bangunan dua tingkat, di Jalan Tamoi Baru di sini kelmarin.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, sebanyak 3,178,120 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama seperti Astro Merah, Astro Hijau, Samson Mild, Samson Menthol, Era Premium serta Era Black dirampas, selain 400 bungkusan kecil tembakau salak.

“Kesemua barang rampasan bernilai RM4,137,474 itu disembunyikan di dalam kotak serta plastik di dalam bangunan itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Victor berkata, hasil maklumat awam, Pasukan Khas ESSCOM bertindak pantas memeriksa dan menyerbu lokasi berkenaan.

“ESSCOM akan terus memperhebat operasi khas seperti ini bagi mengekang sebarang elemen yang boleh mengganggu-gugat keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan awam khususnya di pantai timur Sabah.

“ESSCOM akan memperhebat koordinasi operasi bersepadu bersama-sama pasukan keselamatan yang lain serta komited membantu pelbagai Agensi Penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri dalam membanteras elemen jenayah rentas sempadan antaranya aktiviti rompakan laut dan penyeludupan kontraban,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang maklumat jenayah ke Pusat Operasi ESSCOM dengan menghubungi talian 089-883181 atau melalui aplikasi WhatsApp menerusi talian 011-63311072.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber : Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …