DEEPFAKE DIKESAN SEMAKIN BANYAK DIGUNAKAN DALAM AKTIVITI PENIPUAN

SHAH ALAM, 15 Mac : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan deepfake atau imej palsu mula rancak digunakan dalam kalangan penjenayah maya dalam melakukan aktiviti penipuan.

Deepfake digunakan untuk membuat video atau gambar kelihatan asli dengan memalsukan wajah seseorang dalam video serta audiomua bagi memperdaya mangsa dengan menyebarkan maklumat palsu atau melakukan penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, keberadaan kecerdasan buatan (AI) telah memberikan impak besar dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam perlakuan jenayah.

“Penjenayah dunia maya dilihat mula menggunakan teknologi AI untuk meningkatkan keberkesanan dan kejayaan dalam kegiatan penipuan mereka.

Antara contoh penggunaan AI yang dikesan dalam penipuan adalah penciptaan kandungan palsu atau deepfakes,” ujar beliau pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Jelas beliau, satu laporan polis daripada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah dibuat yang menafikan penglibatan serta pengetahuan mereka dalam skim pelaburan ‘Light Natural Gas’ yang kononnya dianjurkan oleh syarikat tersebut.

Tambah Ramli, penggunaan logo tanpa kebenaran serta paparan nama, suara dan wajah presiden syarikat itu turut digunakan dalam tawaran iklan pelaburan tersebut.

“Berdasarkan siasatan, JSJK percaya rakaman video yang dipaparkan dalam laman web tersebut diciptakan menggunakan teknologi AI atau spesifiknya deepfakes.

“Untuk rekod, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana mangsa berkaitan skim penipuan pelaburan ‘Light Natural Gas’.

Ujar beliau, orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan meningkatkan kesedaran berkenaan ancaman yang sedang dihadapi ekoran perkembangan teknologi yang berlaku.

KOSMO! ONLINE

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut