PUSAT PENDERMAAN DARAH HSAJB BEROPERASI SEPANJANG RAMADAN

Berita baik kepada orang ramai khususnya Johor Blood Warriors apabila Pusat Pendermaan Darah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) akan meneruskan aktiviti pendermaan darah di sepanjang bulan Ramadan ini.
Bagi Johor Blood Warriors yang beragama Islam pula, anda tidak perlu risau untuk turut sama menderma darah sekali pun ketika sedang berpuasa kerana ia sama sekali tidak akan menjejaskan atau membatalkan ibadah ketiga dalam Rukun Islam itu kerana ia diperbolehkan oleh syarak.
Buktinya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia keempat yang bersidang pada 13 dan 14 April 1982 telah memutuskan bahawa hukum menderma darah adalah harus dan ia tidak termasuk perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa.
Bagaimanapun, beberapa syarat khusus perlu dipertimbangkan khususnya kepada individu penderma yang sedang berpuasa iaitu keutamaan diberikan yang sering melakukan pendermaan darah, perlu hadir sebelum jam 9.45 pagi pada hari berkenaan dan penderma juga disaran untuk melewatkan waktu bersahur pada hari pendermaan darah.
Justeru, sempena Ramadan kali ini, waktu operasi Pusat Pendermaan Darah HSAJB juga diawalkan kepada jam 7.30 pagi hingga jam 4 petang pada setiap Isnin hingga Rabu. Waktu operasi bagi Khamis pula ditetapkan pada jam 7.30 pagi hingga 2 petang manakala pusat ini akan ditutup pada cuti hujung minggu dan hari kelepasan am.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan, anda juga tidak perlu khuatir kerana masih boleh menunaikan tanggungjawab menderma darah di Johor Blood Donation Suites yang beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 6.30 petang di Aras 3 Mezzanine Centre Court, Pusat Beli Belah The Mall Mid Valley Southkey.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …