KUNJUNGAN HORMAT PCFK GURUN KEPADA PENGARAH KESELAMATAN NEGERI

Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof telah menerima kunjungan daripada delegasi PETRONAS Chemicals Fertilizer Kedah, diketuai Ahli Pengurusan Kanan PCFK, Encik Syaiful Izad Ahmad Sofi di Pejabat MKN Kedah, sebentar tadi.
Pertemuan ringkas ini bertujuan untuk menyantuni Pengarah Keselamatan Negeri yang baharu selain memberi taklimat ringkas berhubung pengoperasian PCFK di negeri ini. Di samping itu, pertemuan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama strategik di antara MKN dengan PETRONAS yang sekian lama terjalin.
Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Penolong Pengarah (Polis) MKN Kedah, DSP Abdul Samad Othman dan Penolong Pengarah Keselamatan Daerah, Puan Nurul Wati Md Noor.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …