PERKONGSIAN HADIS SEMPENA BULAN RAMADAN: SOLAT TARAWIH ADALAH SUNAT

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan untuk mendirikan Ramadan (dengan amalan soleh) tanpa menyuruh mereka dengan

‘azimah (kesungguhan yang menunjukkan wajib) dan Baginda SAW bersabda:

Sesiapa yang mendirikan Ramadan (solat tarawih) dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan keredhaan Allah) akan diampunkan dosanya yang telah lalu. Maka selepas Rasulullah SAW wafat, perkara itu adalah tetap diteruskan seperti itu. Demikian pula pada zaman Khilafah Abu Bakar RA hingga pada permulaan Khilafah ‘Umar RA adalah tetap diteruskan seperti itu.”

(Riwayat Muslim, Kitab al-Masajid, Wa Mawdhiú as-Solati, Bab at-Taghribu Fi Qiyami Ramadana Wa Huwa at-Tarawih, no. 759)

Pengajaran hadis

  1. Amalan menghidupkan malam Ramadan adalah sunnah Nabi SAW dan antara amalan yang disunatkan adalah solat-solat sunat seperti solat tarawih, solat tahajud, solat witir dan lain-lain.
  2. Ibadah-ibadah sunat yang lain seperti membaca al-Quran, bersedekah, iktikaf dan lain-lain turut dikira sebagai menghidupkan malam Ramadan.
  3. Allah SWT menjanjikan keampunan kepada sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan kerana amalan yang baik akan menghapuskan dosa.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …