4.32 JUTA INDIVIDU KEMAS KINI SISTEM PANGKALAN DATA, SELANGOR REKOD 650,000

SHAH ALAM, 12 MAC: Seramai 4.32 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia sudah mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.

Berdasarkan status dimuat naik di laman Facebook PADU Official, Selangor merekodkan 0.65 juta individu telah mengemas kini data manakala Sarawak (0.57 juta), Johor (0.41 juta), Perak (0.39 juta), Sabah (0.36 juta) dan Kedah (0.29 juta).

Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan 0.28 juta orang, Pahang (0.24 juta), Pulau Pinang (0.23 juta), Terengganu (0.23 juta), Negeri Sembilan (0.18 juta), Melaka (0.12 juta), Perlis (0.06 juta), Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.02 juta) dan Labuan (0.01 juta).

Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum sistem PADU ditutup pada 31 Mac ini, sama ada di https://www.padu.gov.my atau di kaunter PADU berdekatan.

 

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …