KUNJUNGAN HORMAT PESURUHJAYA SUHAKAM SABAH KE ATAS PENGARAH KESELAMATAN NEGERI SABAH

Pada 12 Mac 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MKN Sabah, Pesuruhjaya SUHAKAM Sabah, YBhg. Datuk Mary @ Mariati Robert bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan.

Dalam sesi kunjungan hormat ini, pihak SUHAKAM Sabah telah berkongsi perkembangan semasa berkaitan memorandum persefahaman (MOU) yang sedang berjalan serta peranan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak SUHAKAM Sabah.

Sesi ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri, YBrs. Tuan Norali bin Ag Damit serta pegawai-pegawai kanan MKN Sabah. Sesi ini diharap dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta menjadi platform kerjasama di antara MKN Sabah dan SUHAKAM Sabah.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …