KKM, PBT PERIKSA PREMIS MAKANAN, BAZAR SEPANJANG RAMADAN

PUTRAJAYA, 12 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan Operasi Ramadan 2024 serentak di seluruh negara di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan, dalam memastikan keselamatan makanan yang dijual sentiasa terjamin.

KKM dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan aktiviti operasi itu melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan, bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual itu selamat, mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan di sepanjang rantaian makanan meliputi peringkat sumber bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga yang telah dilesenkan oleh PBT telah bermula sebelum Ramadan lagi.

“Ini diteruskan lagi dengan aktiviti pemeriksaan di premis tumpuan seperti hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis pembekal bahan mentah dan juga premis penyediaan ais,” menurut kenyataan KKM itu.

Kenyataan KKM itu memaklumkan kerjasama dengan PBT juga dikukuhkan lagi dengan penganjuran taklimat keselamatan makanan kepada pengendali bazar Ramadan, memastikan pengendali mendapat suntikan pelalian anti tifoid dan menjalani latihan pengendali makanan.

Menurut KKM kerjasama dengan PBT juga dikukuhkan lagi, dengan penganjuran taklimat keselamatan makanan kepada pengendali bazar Ramadan, memastikan pengendali mendapat suntikan pelalian anti-tifoid dan menjalani latihan pengendali makanan.

“Kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis bahan mentah, penyediaan makanan, pembekal makanan turut giat dijalankan melalui bahan pendidikan kesihatan, media massa, media elektronik dan media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan dalam memilih apa sahaja juadah berbuka, sebelum membeli ‘Perhati dan Pilih’ serta amalkan ‘Lihat Hidu Rasa’ kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan,” menurut kenyataan itu.

Pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi mana-mana pejabat kesihatan daerah, Jabatan Kesihatan negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my serta facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq​​​​​​​

 

-BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …