KPDN PASIR MAS SERBU PEMBORONG DISYAKI MENYELEWENG BARANG KAWALAN

PASIR MAS 12 Mac : Penguat Kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas, Kelantan telah menyerbu sebuah premis borong dan runcit barang kawalan di Pusat Bandar Pasir Mas, Kelantan.
Serbuan jam 4.30 petang kelmarin, susulan siasatan awal bagi kes yang diambil tindakan awal pagi hari kelmarin mendapati premis yang merupakan pemborong barang kawalan disyaki dalam cubaan menyeleweng.
Pemborong tersebut mempunyai lesen dalam urusniaga barang kawalan, walaubagaimanapun siasatan lanjut disyaki menjual minyak masak bersubsidi kepada orang atau individu yang tidak dilesenkan oleh KPDN.
Pemeriksaan lanjut mendapati pemborong tersebut dikesan tidak mengemaskini buku stok barang kawalan iaitu tidak dan gagal merekodkan maklumat-maklumat yang dikehendaki mengikut peraturan yang ditetapkan berhubung pemilikan barang kawalan.
Kesalahan dikesan adalah selaku pemegang lesen borong menjual kepada individu yang tidak berlesen serta gagal mengemaskini buku stok berhubung jualan barang kawalan. Selanjutnya kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …