RM3,000 UNTUK 71 KIR MANGSA KEBAKARAN KG. TANJUNG BATU KERAMAT (LOGPOND)

TAWAU (11 Mac): Seramai 71 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Keramat (Logpond) masing-masing menerima sumbangan bantuan sebanyak RM3,000 daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Gelanggang Bola Keranjang, Kompleks Sukan Tawau, hari ini.

Mereka masing-masing menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM1,000, sumbangan daripada Bahagian Zakat Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) sebanyak RM1,000, Yayasan Kebajikan Negeri Sabah-RM700 dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah sebanyak RM300.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga akan memberikan bantuan sebanyak RM20,000 untuk bantuan pembelian bahan binaan rumah kepada 45 buah rumah yang musnah 100 peratus.

Manakala tujuh buah rumah yang musnah kira-kira 30 peratus akan menerima bantuan RM10,000.

Beliau berharap dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa kebakaran terbabit.

“Inilah Kerajaan Negeri hari ini, sentiasa prihatin kepada rakyat yang ditimpa musibah kebakaran, kita santuni dan memberi bantuan lebih-lebih lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan.

“Dengan bantuan pembelian bahan binaan rumah daripada Kerajaan Negeri, diharap mangsa kebakaran akan dapat membina semua rumah mereka di tapak kampung itu yang merupakan rizab kampung yang sudah diwartakan,” katanya.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …