MALAYSIA DUDUKI TANGGA KEDUA OBESITI DI ASIA TENGGARA

Menurut data terkini oleh The World Factbook – Central Intellange Agencie dari 2016 hingga 2024, Malaysia muncul sebagai negara ke-2 di Asia Tenggara yang mempunyai ramai rakyat yang mempunyai masalah berat badan.

Obesiti atau masalah kegemukan membuatkan pergerakan individu terbatas. Beberapa faktor yang menyumbang kepada obesiti ini adalah antaranya tabiat pemakanan dan juga gaya hidup individu. Masalah obesiti dapat diatasi sekiranya individu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan. Beberapa perkongsian turut menunjukkan individu yang mengalami obesiti dapat membentuk berat badan yang ideal jika perkara-perkara tersebut diamalkan.

Brunei duduki tangga teratas dengan 28.2% rakyatnya mempunyai masalah berat badan. Malaysia, yang menduduki tempat kedua tertinggi mengutip peratusan sebanyak 19.7%. Manakala, Singapura dan Thailand, terikat pada 11.6%, Filipina, Indonesia, Myanmar, Laos, dan Kemboja masing-masing melengkapkan data masalah berat badan bagi rantau ini. Vietnam pula mencatatkan peratusan yang paling rendah dalam kalangan negara Asia Tenggara dengan kadar 1.7%. Terakhir sekali adalah Timor-Leste yang berada di kedudukan terbawah.

Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti ialah:

  • Diabetes Mellitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liverdan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi (hypertension)
  • Osteoarthritis
  • Gout

Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Obesiti boleh dirawat melalui penggunaan ubat, kaunseling atau pembedahan. Rawatan-rawatan obesiti hanya akan berjaya jika pesakit mengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut