ELAK PEMBAZIRAN MAKANAN KETIKA DI BULAN RAMADAN

Bukan semua syaitan diikat semasa bulan Ramadhan. Syaitan suka pembaziran. Uniknya Syaitan   timbul pada bulan Ramadan dengan ramai peniaga bazar memilih untuk membuang juadah yang tidak habis dijual.

Pembaziran makanan berlaku apabila para peniaga menyediakan makanan berlebihan semata-mata mahu meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Dilaporkan oleh Utusan Malaysia 7 April 2023 di Kuala Lumpur sahaja merekod 60 tan sehari makanan tidak habis dijual dibuang ke tong sampah. Purata 20 hari berniaga sepanjang bulan Ramadhan menyaksikan sejumlah 1,200 tan makanan masih elok dibuang oleh peniaga bazar Ramadan di kawasan Kuala Lumpur.

Manakala Sinar Harian menerusi laporan muka hadapan Sinar Harian pada 9 April 2023, peniaga bazar Ramadan di Selangor pula membuang sekitar 1,3000 tan makanan yang tidak habis dijual dalam tempoh 18 hari. Jumlah yang dibazirkan itu bersamaan dengan berat 195 ekor gajah dewasa. Secara puratanya sekitar 80 tan makanan dibazirkan oleh peniaga bazar Ramadhan.

Menurut Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, trend pembuangan sisa makanan yang tidak habis dijual oleh peniaga bazar semakin meningkat dengan ketara sebaik sahaja aktiviti berniaga dibenarkan pada 2021 selepas negara dilanda wabak Covid-19.

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengurangkan masalah pembaziran kerana semakin banyak jumlah makanan terbuang, maka kos pengurusan juga akan meningkat. Diharap bazaar Ramadhan tahun 2024 sifar pembaziran makanan tidak terjual.

Sumber: ALHADI.MY 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …