𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—ͺπ—”π—‘π—œπ—§π—” π—œπ—‘π—¦π—£π—œπ—₯π—”π—¦π—œ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 π—¦π—˜π—π—”π—›π—§π—˜π—₯𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac setiap tahun, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif proaktif dalam menjayakan sesi penghargaan khas bagi peserta wanita yang menyertai Program Wanita Inspirasi Negara Sejahtera pada 9 Mac 2024 (Sabtu) bertempat di Bukit Papan, Daerah Barat Daya.
Program yang dihadiri Pengerusi PUSPANITA MKN Negeri Pulau Pinang, Puan Masmawarni binti Sohhimi serta ahli PUSPANITA MKN Negeri Pulau Pinang ini turut melibatkan pendaki-pendaki wanita di sekitar Negeri Pulau Pinang. Satu sesi penghargaan pemberian kuntuman bunga oleh Pengerusi PUSPANITA MKN Negeri Pulau Pinang kepada Presiden DALCA HIKERZ, Puan Azuree binti Azmy sebagai wakil kepada semua peserta wanita menjadi simbolik penghargaan kepada peserta wanita yang hadir.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …