2,600 TELUR PENYU BERJAYA DISELAMATKAN DI PORT DICKSON

Sebanyak 2,600 telur penyu diselamatkan di sekitar pantai di daerah ini tahun lalu dan 2,300 daripadanya berjaya ditetaskan. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Doreen Wee Siew Leen, kesemua telur tersebut telah melalui proses pengeraman di pusat konservasi penyu di Pusat Ikan Hiasan di Teluk Kemang sebelum dilepaskan semula ke laut.

Menurutnya, terdapat tiga pemungut telur penyu berdaftar dan Glory Beach Resort merupakan satu-satunya pihak swasta yang diberi kebenaran untuk menjalankan aktiviti pengeraman telur di tempat penetasan selain galeri pameran. Pemungut telur ini akan melakukan rondaan di sekitar lokasi pantai yang menjadi tempat penyu bertelur untuk menyelamatkan telur-telur tersebut. Kesemua telur itu akan dieram antara 45 hingga 60 hari sebelum ia menetas dan apabila waktu sesuai akan dilepaskan ke pantai. Terdapat dua spesis penyu di Port Dickson iaitu spesis agar dan karah.

Sementara itu, menurut Ketua Unit Pusat Pemuliharaan Penyu dan Pelepasan Penyu, Glory Beach Resort, Hishamudin Abdul Manaf, sebanyak 13,000 anak penyu berjaya ditetaskan di Pusat Penetasan Penyu Glory sebelum dilepaskan ke pantai sejak pusat berkenaan diwujudkan 13 tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, dari jumlah tersebut kebiasaannya hanya satu daripada 1,000 penyu yang dilepaskan berjaya hidup memandangkan risiko kematian bagi anak penyu adalah agak tinggi. Malah ujarnya, ketika berada di lautan pula, haiwan tersebut turut terdedah kepada kematian akibat termakan plastik kerana menyangkanya ia adalah ubur-ubur yang merupakan makanannya. Itu antara faktor paling banyak kematian penyu dan disebabkan itu pentingnya kesedaran orang ramai untuk menjaga alam sekitar kerana jika tidak haiwan ini berdepan kepupusan.

Kebiasaannya seekor penyu boleh bertelur sehingga 500 biji telur dan di pantai Port Dickson ini yang kebiasaannya menjadi tempat penyu bertelur adalah di Glory, Tanjung Gemuk, Pantai Pejabat Daerah dan Bagan Pinang.  Pada program berkenaan, empat ekor anak penyu spesis agar dilepaskan yang mana dua ekor daripadanya merupakan penyu yang diselamatkan selepas tersangkut pada jaring nelayan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …