DI SEBALIK SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak golongan berkenaan. Sejarah Hari Wanita Antarabangsa bermula pada awal abad ke-20 di seluruh Amerika Utara dan Eropah.

Tujuannya; mengiktiraf perjuangan wanita untuk hak memilih, keadilan pekerjaan dan hak asasi manusia. Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Hari Wanita Sedunia pertama kali diraikan di Amerika Syarikat pada 28 Februari 1909. Pada 1945, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi perjanjian antarabangsa pertama yang mengesahkan prinsip kesaksamaan antara wanita dan lelaki. Seterusnya pada 8 Mac 1975, PBB meraikan Hari Wanita Sedunia secara rasmi buat kali pertama.

Wanita sentiasa digambarkan sebagai insan teristimewa dalam hidup kita. Wanita adalah suri kepada kehidupan, Ibu kepada watan, tiang kepada negara.. Tema sambutan inan istimewa ini di Malaysia pada tahun 2024 adalah 𝘞𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢 𝘋𝘪𝘫𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨, 𝘕𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢 𝘎𝘦𝘮𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut