JANGAN DEDAHKAN MAKLUMAT PERBANKAN ANDA KEPADA MANA-MANA PIHAK

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu bagi tempoh bermula 25 Februari 2024 hingga 2 Mac 2024, sebanyak 114 laporan polis telah diterima berbanding 81 laporan bagi minggu sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 33 kes. Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 19 kertas siasatan telah dibuka dengan jumlah kerugian sebanyak RM 424,195.00. Terdapat satu (1) kes melibatkan Spoofing (Phone Scam) dengan jumlah kerugian sebanyak RM202,400.00.

Mangsa berumur 47 tahun merupakan seorang ahli perniagaan telah dihubungi pihak yang mengaku sebagai kurier pos dan pegawai polis memaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan kes jenayah pengubahan wang haram serta dadah. Mangsa telah diminta untuk mendedahkan maklumat akaun beserta kata laluan perbankan internet dan diminta membuat beberapa pindahan wang ke akaun yang diberikan. Mangsa kemudian diminta untuk menunggu sehingga siasatan selesai dalam tempoh tiga bulan sebelum boleh menggunakan akaun bank miliknya semula. Semakan akaun bank dibuat dan didapati wang mangsa telah berkurang malah sebanyak 35 transaksi telah berlaku tanpa pengetahuan mangsa.

Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Semak dengan pihak polis atau syarikat berkenaan terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan dan jangan dedahkan maklumat perbankan (nombor ATM, username, password atau no. OTP) kepada mana-mana pihak.

 

Sumber: Kenyataan Media Ketua Polis Terengganu

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut