TAKLIMAT HAL EHWAL ISLAM NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli menghadiri Taklimat Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan bagi tahun 2023 semalam. Antara intipati persembahan taklimat adalah statistik pencapaian semua agensi agama Islam bagi tahun lalu berdasarkan bidang kuasa masing-masing.

Turut hadir Tunku Besar Sri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus al-Qadri, Dato’ Shahbandar Sungai Ujong, Dato’ Seri Utama Badaruddin Abdul Khalid dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Sumber: MAINS

Artikel/Berita Terkini

LEMBU BERKELIARAN, PBT LAKSANA TANGKAPAN SECARA AGRESIF

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan raya …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG 08 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada PDRM Balai Polis Jeram Perdah …
Maklumat Lanjut